Kami menawarkan Bengkel Pengajaran dan Pembelajaran Al-Quran secara mudah dengan Kaedah Al-Hira’
Bersama Ust.Drs.Hj.Zulpan Nasution bin Mahad
Pemegang Kaedah Al-Hira’ / Fasilitator Utama Kaedah Al-Hira’ untuk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
Al-Hira’’ adalah kaedah terkini yang diterbitkan dan diperkenalkan sejak tahun 2005 lagi, sebagai panduan membaca Al-Quran dengan mudah dan berkesan. Kaedah ini telah terbukti keberkesanannya dan telah diuji selama lebih lima tahun berturut-turut bermula dari tahun 2005 sehingga sekarang. Kaedah ini sesuai untuk semua golongan mulai dari pra-sekolah sehingga kepada mereka yang lanjut usia.
Al-Hira’’ dengan pendekatan tersendiri, boleh membaca Al-Quran dalam masa 24 jam dapat dibuktikan dengan nyata setelah dipraktikkan berulang kali di Pusat Pembelajaran Al-Hira’’, Dengkil, Sepang, Selangor.
Pengasas kaedah ini Dr.Haji Mohd. Roihan Al-Mandily (Dr. Falsafah dalam bidang Ulumul Al-Quran dan Dakwah dari UKM Bangi) menulis buku ini setelah membuat kajian selama lima tahun. Kami dari pihak pengurusan (PEMEGANG KAEDAH AL-HIRA’’) mencadangkan menawarkan pendedahan kaedah ini kepada mana-mana agensi yang terlibat dengan pembelajaran Al-Quran (Guru-guru KAFA, Guru-guru J-QAF, Guru-guru TADIKA dan Guru-guru Al-Quran di mana jua sebagai alat bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran Al-Quran dengan mudah).
2. Matlamat Pendedahan Kaedah Al-Hira’
Memperkenalkan kaedah Al-Hira’.
Menjadikan Kaedah Al-Hira’ sebagai satu alternatif kaedah mudah membaca Al-Quran.
Memperkayakan lagi perbendaharaan ilmu dalam pengajaran Al-Quran.
Melahirkan guru-guru Al-Quran yang berkemahiran ke arah pembebasan umat Islam dari buta huruf Al-Quran
Meningkatkan lagi minat pelajar-pelajar Islam khasnya di peringkat Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
3. Syarat Penyertaan
Guru-Guru Agama, Guru-Guru KAFA, Guru-guru J-QAF, Guru-Guru Al-Quran samada di sekolah, di maktab dan pusat-pusat pembelajaran Al-Quran.
4. Bentuk Program
Bentuk Bengkel Pendedahan Kaedah Al-Hira’ ialah :
Ceramah memberi penerangan kepada peserta tentang kaedah mudah mengajar Al-Quran menggunakan kaedah Al Hira`.
Dialog Penceramah/Fasilitator dengan peserta.
Penyediaan nota-nota iringan kepada peserta.
Demo (peserta dan fasilitator) mempersembahkan cara mengajar dengan Kaedah Al-Hira’’.
Perbincangan Final
Debat Perdana
5. Modul Kursus/ Bengkel
Modul Bengkel Kaedah Al Hira’ :
Pengenalan
Tiga langkah untuk boleh membaca Al-Quran dengan Kaedah Al-Hira’’
Pengenalan Huruf Al-Quran
Makhraj
Modul 1 – Teknik Mengajar Pelajaran 1 hingga 5
Modul 2 – Teknik Mengajar Pelajaran 6 hingga 9
Modul 3 – Demo Peserta
Modul 4 – Teknik Mengajar Pelajaran 10 hingga 13
Bengkel dan Persembahan
Teknik Pengukuhan
Debat Perdana
Perbincangan Final
Renungan “Al-Quran Sudah Hampir Ditinggalkan”
Muhasabah “Kemana Umat Ini Tanpa Al-Quran”
6. Modul Kursus/ Bengkel
Al-Hira’ Ent (RN 001530748-K) merupakan sebuah syarikat milik penuh bumiputera Islam yang berdaftar pada tahun 2005. Sebagai pemegang Kaedah Al-Hira’, syarikat ini bertanggungjawab penuh untuk mengembangkan pengajaran dan pembelajaran Kaedah Al-Hira’ – ‘Boleh Membaca Al-Quran Dalam Masa 24 Jam’ menawarkan khidmat seperti berikut :
Khidmat rundingan (professional service) berkaitan pendedahan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Al-Quran dengan Kaedah Al-Hira’.
Khidmat penyediaan modul dan alatan Bengkel Al-Hira’’ termasuk buku Panduan, nota-nota bengkel, fail kursus, alat tulis dan sijil.
Khidmat penyediaan penceramah dan fasilitator yang berpengalaman dengan Kaedah Al-Hira’’.
Menerbit dan membekal buku Al-Hira’ – ‘Boleh Membaca Al-Quran Dalam Masa 24 Jam’ sebagai panduan belajar dan mengajar Al-Quran dengan cepat dan mudah.
7. Penutup
Setelah mengikuti kursus peserta boleh menguasai kaedah ini dan boleh mengajar membaca Al-Quran dengan menggunakan kaedah Al-Hira’. Ini adalah berdasarkan kaji selidik seramai 2,081 orang yang telah menyertai kursus ini di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. 97% menyatakan kaedah ini sangat sesuai di sekolah-sekolah Tadika, Sekolah Kebangsaan, KAFA, J-QAF, Sekolah Rendah Agama, Kelas Al-Quran Dewasa, Saudara Baru dan Kelas-kelas pembelajaran Al-Quran di seluruh negara.
Pakej-Pakej Ini Ditawarkan Kepada
Agensi-Agensi Kerajaan dan Swasta yang berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran Al-Quran
Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah Kerajaan dan Swasta
Tadika-tadika dan Tabika
Pusat-pusat Pembelajaran Al-Quran
Kelas-kelas Pemulihan (Bagi Pelajar-pelajar yang tercicir dalam bacaan Al-Quran)
Nama Kursus/Bengkel
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AL-QURAN SECARA MUDAH DENGAN KAEDAH AL-HIRA’
Objektif Kursus/ Bengkel
Mengenal Kaedah Al-Hira’ (Al-Hira’24)
Mendedahkan teknik-teknik mudah Pengajaran dan Pembelajaran Al-Quran dengan kaedah Al-Hira’
Mendedahkan rahsia-rahsia penajaran Kaedah Al-Hira’ (24 Jam Boleh Membaca Al-Quran)
Memberi kaedah alternatif dalam pengajaran Al-Quran yang mudah, sistematik dan teratur
Memperkasakan lagi pengajaran dan pembelajaran Al-Quran di semua peringkat umur
MASA/TEMPAT/KOS KURSUS
Pendedahan Asas = 1 hari
Pendedahan dan Latihan = 3 hari 2 malam
Tempat = Mengikut kesesuaian
Kos = Sesuai dengan perbincangan
Hubungi Kami
Bagi yang berminat boleh menghubungi kami :
Telefon : 603-876 88221 / HP : 016 638 1119
Faksimili : 603-876 80119
Email : hj.zul_diguahira@yahoo.com
Atau menghantar surat terus kepada :
Pengarah Urusan
PUSAT MOTIVASI DAN MINDA AL-HIRA’’ ENT
PUSAT PEMBELAJARAN AL-QURAN
(AL-QURAN TRAINING CENTRE)
No.3B & 3C, Jalan Timah 2, Taman Timah 1,
43800 Dengkil, Sepang, Selangor DE, Malaysia



Comments